Protes anti kerajaan Samak Krisis_politik_Thailand_2008

PAD mendakwa Samak Sundaravej sebagai proksi Thaksin. Bekas Perdana Menteri yang disingkirkan, Thaksin Shinawatra lebih sukakan Samak menjadi Perdana Menteri Thailand kerana dapat menjaga kepentingan harta bendanya di Thailand. Kumpulan dari utara Thailand diketuai bekas Speaker Parlimen, Yongyuth Tiyapairat mahukan Somchai yang kini menjadi pemangku Perdana Menteri menjadi perdana menteri baru.

Pada 9 September 2008, panel sembilan anggota Mahkamah Perlembagaan membuat keputusan sebulat suara untuk melucutkan jawatan Samak selepas mereka mendapatinya bersalah melanggari Artikel 267 Perlembagaan 2007 itu dengan menjadi hos rancangan memasak semasa masih memegang jawatan Perdana Menteri. Samak Sundaravej terpaksa meletak jawatan pada 17 September 2008 selepas Mahkamah Perlembagaan mendapati beliau bersalah menerima bayaran untuk kemunculan pada program masakan “Tasting and Grumbling” dan “All Set at 6a.m”

Samak menjadi perdana menteri selama 7 bulan sahaja dan berdepan hukuman penjara 24 bulan dalam satu kes fitnah. Mahkamah Jenayah mendapati Samak bersalah memfitnah bekas Timbalan Gabenor Bangkok, Samart Ratchapolsitte.

Rujukan

WikiPedia: Krisis_politik_Thailand_2008 http://www.economist.com/world/asia/displaystory.c... http://www.nationmultimedia.com/2008/10/29/politic... http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=091... http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=092... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt...